Berita

Menolong Firdaus Lim dan Keluarganya

DIA ORANG AMAT SUSAH. SUDAH MASUK ISLAM. NAMA FIRDAUS LIM. Anak baru tingkatan 4. Semenjak isteri sakit, beliau langsung patah harapan. Kos ubat dan deposit masuk wad sekali adalah RM2500.

Dia kerja kitchen di restoran. Bos dia pun bantu kasi pinjam. Dia pun selalu call saya mintak wang sehingga saya pun hampir hampir putus hubungan dengan dia.

Tak pernah aku lihat lelaki begitu sayang bini. Dia akan susah hati dan call saya kalau isteri dia mengerang kesakitan.

Sehingga lah isteri hembus nafas terakhir. SEWA TERTUNGGAK 4 BULAN. KITA BAYARKAN. KITA BAYARKAN JUGA KOS PENGEBUMIAN. Mandi, masjid Ara Damansara bagi free. Kubur RM 370 kerana sudah larut malam. Lain lain kos dan pembayaran kepada anak buah kita tanggung semua. Malah kita berikan duit makan kepada waris.

AKU TYPE C tetapi aku tetap buat amalan di dunia. Bukan nak megahkann diri, tetapi mengajak semua kita buat kebaikan.

orang susah macam ini, Tuhan hadirkan untuk beri bantuan dan bukan untuk keji dan kecam. Mereka telah habiskan simpanan dan di dalam poket satu sen pun tak ada untuk kos pengebumian. Maka itu kita bantu dari hati. Bawa ke kubur dan kemudian hantar pulang rumah. BUKAN SURUH NAIK GRAB YE. JANGAN TINGGALKAN ORANG SUSAH SELEPAS PENGEBUMIAN ATAU HUMBAN DI MANA MANA PETROL PUMP SURUH NAIK GRAB. ITU BUKAN BANTU. ITU MENYEKSA DAN BANTU TAK IKHLAS.

Saranan kepada pekerja amal saya. Bantu sampai hantar balik rumah dan tengok rumah ada beras ke tidak. Bukan tinggalkan mereka. Tuhan beri akal untuk kita berfikir dengan baik. Bersyukur lah.

Lagi paparan

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button