Faiz Sudah Sakit Kanser Hampir 9 Tahun
HERO JELEBU. 9 TAHUN BERTARUNG DENGAN KANSER.
Faiz sudah sakit kanser hampir 9 tahun. Kita pun dah bawa dia hampir 9 tahun. Tak ada kos. RM0. Kita dari Puchong ke Jelebu bawa dia ke IKN dan hantar balik.
Dalam 9 tahun ini kita bersama Faiz dan mak beliau. Mak beliau pun dah meninggal dunia. Faiz masih cekal, masih sihat kerana kita bantu dia 9 tahun.
Bayangkan kalau pesakit kanser yang tiada mampu naik kereta ke IKN dan mereka munkin akan mati begitu sahaja kerana tak berupaya ke IKN.
Oleh itu, saya menganggap Faiz adalah HERO JELEBU YANG TIDAK MENGALAH KEPADA PENYAKIT KANSER DAN BELIAU TETAP MEMINTA BANTUAN KAMI.
Hari ini kita beri Faiz naik ambulan kami, dapat RM200. PELIK TETAPI BENAR, NAIK AMBULAN KAMI, KAMI BERIKAN SIKIT WANG UNTUK BELANJA.
Ini lah semangat MALAYSIA KITA. 9 tahun bukan masa yang pendek. Tetapi Faiz tak give up, saya pun tak give up.