Berita

Menghidupkan Semangat Kepimpinan Saidina Umar di Zaman Moden

DAH LARUT MALAM. AKU HARAP ADA MANUSIA YANG INGIN MENJEJAK KISAH SAIDINA UMAR.

6 ADIK BERADIK BELUM MAKAN DARI PAGI…….
Jam 1000 malam. Adik beradik ini belum ada makanan sejak dari pagi.

Mak mereka mesej saya dan merayu bantuan. Bila di tanya kepada adik beradik, memang mereka TERSANGAT LAPAR.

AKU TIDAK TAHU. TIBA TIBA AKU RASA MALU DAN BERDOSA. AKU RASA AKU SALAH. Kerana di tepi aku, masih ada anak anak kelaparan.

Aku teringat Saidina Umar. Siapa kah di negara kita, pemimpin kita yang boleh mengikuti jejak Saidina Umar menjelajah segala pelusuk masyarakat mencari mereka yang lapar pada waktu malam?

Kalau aku pemimpin, akan aku hambat mereka yang asnaf. Tuhan dah sediakan handphone. Pemimpin hanya perlu memaparkan nombor telepon kepada masyarakat UMUM. Kini nak mengikut jejak Saidina Umar dah mudah. Pamerkan phone number. Pasti mereka yang lapar dan sakit boleh call.

Tapi malang nya kita banyak pemimpin politik dan bukan pemimpin rakyat. Ramai fikirkan political survival dan ingin berkuasa selama lama nya. Kehilangan sifat mulia Saidina Umar amat mengecewakan rakyat. Rakyat membisu tak berani lawan. Tetapi, tuan tuan dan Puan puan, ingat akhirat. Di sana kau pasti menerima hukuman nya…..

Semoga kita semua belajar dari sikap mulia Saidina Umar dan menjadi penghuni akhirat yang di welcome oleh Tuhan.

Sesiapa nak membantu keluarga ini boleh lah hubungi saya 018 2683999.

Hati aku remuk bila manusia sudah hilang pedoman.

Lagi paparan

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button