Keluarga Terharu Bertemu Bantuan dalam Keadaan Sukar
ALLAH HANTAR SAYA KEPPUM…….. SUNGGUH MENAKJUBKAN…
Entah TIBA TIBA Allah nak temukan kita… ujar pakcik dari Kuala Terengganu di lobby Menara Selatan Hospital PPUM. Aku sudah on the way ke base untuk rehat setelah Terry Fox Run dan juga mengambil seorang tua dari rumah orang tua ke Institut Jantung Negara.
Aku pun sudah sampai di persimpangan Sunway / Motorola/ Hanging Bridge dan tiba tiba satu panggilan telepon masuk. Ada ah soh dan anak di PPUM terkandas tiada duit naik ambulan.
Saya kena berpatah balik menghala pula ke Hospital PPUM. Dan setelah saya tiba, saya terlihat pakcik ini duduk di lobi bersama seorang wanita berumur yang berbadan kecil kelihatan kesugulan.
Pakcik ini lambai pada saya dan untuk hormati mereka yang lambai kepada saya, saya mendekati beliau.
Beliau ujar ALLAH AKHIRNYA MENEMUKAN SAYA DENGAN MU… katil jiran di hospital memberikan nombor telepon kamu kepada saya… sesungguh nya hari ini saya dapat jumpa Tuan dengan diri sendiri….
Rupa rupa nya ALLAH menghantar saya ke PPUM kerana pakcik dan makcik menunggu kehadiran saya….
Anak beliau seorang lepasan belajar, buat part time bawa Grab Food, malang nya… terlibat dalam kemalangan dan dah koma lebih dari satu bulan akibat kecederaan di kepala….
Begitu remuk hati kedua orang tua ini dan mereka datang dari Kuala Terengganu untuk menjaga anak yang koma…. aku tidak dapat berbual banyak kerana patient telah di masukkan dalam ambulan dan saya mohon diri untuk beredar… dan saya ingin berikan nombor telepon saya kepada beliau… namun beliau jawab dah simpan nombor telepon saya dari pesakit katil sebelah….
Sesungguh nya… adik adik Grab bertarung nyawa setiap hari di atas jalan…. kalau kamu melayani Grab… berikan lah mereka tips… mereka ramai yang susah…. dan kepada adik adik Grab… atau mana mana delivery… sila lah berhati hati…
Uncle sayang pada kamu orang… air mata kami menitis membasahi lantai PPUM… makcik begitu sedih sekali… saya berjanj saya akan bantu bila bila di perlukan…
Rupa rupa nya pesakit wanita itu adalah DECOY ALLAH, AGAR SAYA DAPAT TEMU PAKCIK DAN MAKCIK UNTUK MEMBERI SEDIKIT KETENANGAN…. Syukur aku adalah manusia yang di harapkan oleh mereka yang susah…. aku terpegun dengan percaturan ALLAH…
Call saya 018 2683999.