Kes Tak Mampu Ambil Jenazah Baby
KES TAK MAMPU AMBIL JENAZAH BABY. CALL SAYA 018 2683999
Kes ini berlaku di HTA, Kuala Lumpur.
Ayah orang Malaysia. Ibu orang Indonesia. Oleh kerana masalah dokumen, ibu baby dikirakan warga asing dan baby meninggal dunia selepas 4 hari di lahirkan.
Ayah telepon saya pada jam 9.30 malam. Uncle, I tak ada duit nak bayar bil. Kena bayar bil isteri dulu sebelum mengambil jenazah baby. Bil kesemua nya RM4,600. Pasal isteri Indonesia.
Saya suruh dia ke hasil. Sehingga hari ini saya tak pernah jumpa ayah beliau. Saya mintak member pinjam cash RM2,450 dan serah pada anggota kami.
Saya mohon jasa baik anggota kami untuk uruskan. Beliau kata, ok boss. I kata kamu kena complete sampai kebumi baby.
Sampai hasil, hasil mintak secara baik untuk jelaskan kesemua bil. I suruh anggota I balik. Suruh hasil bantu kebumikan baby pulak. Kerana ayah dia tak mampu.
Akhir nya hasil mengalah. Dan saya amat tahu hasil hanya jalankan kerja dia. Saya tak marah hasil. Saya acah supaya big boss hospital ada hati membantu. Mujur, big boss hasil dan big boss hospital setuju dengan pembayaran separuh dengan jaminan ayah akan membayar dalam ansuran.
Kami dapat jenazah baby dan selesaikan dikapankan dan di kebumikan. Tak kecoh. Kita buat secara stealth. Quite and senyap aja. Semoga baby di tempatkan dalam syurga.
Saya sebagai apek tua Cina gembira. Kerana dalam Malaysia, I rasa I bertuah. Bila anak Melayu susah, mereka akan cari saya. Dan saya akan bersyukur untuk membantu.
Terima kasih semua. Ssssssshhhhhhhh. Tak kecoh pun. Semua benda boleh beres, apa nak kecoh.