Berita

Sedekah Makanan: Ringankan Beban Pesakit Kanser di IKN

amai pesakit kanser datang dari jauh ke IKN untuk berjumpa doktor dan menjalani rawatan. Kadangkala, mereka perlu menunggu sepanjang hari untuk menjalani pelbagai ujian atau imbasan. Ramai di antara mereka berlapar kerana tidak mempunyai wang lebih untuk membeli makanan.

Kami telah menyediakan biskut dan minuman di Klinik Komprehensif IKN supaya pesakit boleh mengalas perut sementara menunggu giliran.

Kali ini, kami telah membeli biskut dan minuman berjumlah RM750 untuk disumbangkan. Kami berharap mereka yang sihat tubuh badan dapat turut serta membantu dengan menyumbangkan makanan kepada pesakit kanser dan ahli keluarga mereka yang menunggu di klinik.

Jika anda ingin memberikan sumbangan, sila hubungi 018-2683999. Sokongan anda amat bermakna dan dapat memberikan kehangatan kepada para pesakit serta keluarga mereka. Terima kasih.

Lagi paparan

Artikel berkaitan

Back to top button