Apa Kebaikan Kita Hari Ini?

APA KEBAIKAN YANG KITA LAKUKAN HARI INI?
Saya menerima mesej mengenai sebuah keluarga susah di Putra Perdana, Dengkil. Seorang ibu tunggal terpaksa menjaga anak-anaknya serta seorang ayah yang sedang sakit. Ayah tersebut hanya mampu terbaring di atas tilam yang sudah kotor dan uzur. Disebabkan keadaan beliau yang terlantar, dia tidak dapat ke tandas.
Kami melihat sendiri keadaan tilam itu yang sangat kotor, lalu segera mencari penaja. Alhamdulillah, Eunny tampil membantu dan menyumbangkan dua buah tilam – satu dihantar ke PPR Perkasa, Taman Maluri, Cheras, dan satu lagi ke rumah keluarga ini di Taman Putra Perdana, Dengkil.
Saya bersyukur kerana pasukan kami berjaya menyampaikan kedua-dua tilam tersebut. Malah, kami juga menyediakan katil hospital yang sesuai untuk keluarga di Taman Putra Perdana ini.
Syukur kepada Tuhan. Sekurang-kurangnya, kini mereka ada tempat tidur yang lebih selesa dan bermaruah.



