Berita

Ditinggal Ayah ke Penjara, Si Kecil Hanya Perlukan Susu & Lampin – Kasih Kita Harapan Mereka

Seorang wanita baru sahaja melahirkan seorang bayi. Teman lelakinya baru-baru ini telah ditangkap atas kesalahan membakar rumah di Perak. Saya beritahu kepadanya bahawa dia mungkin akan dipenjarakan sehingga 50 tahun. Bayinya baru berusia seminggu. Bayi tersebut memerlukan susu dan lampin pakai buang. Dia kini memohon sumbangan daripada kita semua.

Sesiapa yang melakukan kesalahan membakar rumah kediaman boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 14 tahun. Biasanya, hakim akan menjatuhkan hukuman 8 tahun bagi setiap pertuduhan. Keseluruhannya, dia mungkin akan dipenjara selama 64 tahun kerana menghadapi 8 pertuduhan.

Saya tidak melihat kepada siapa bapa bayi itu. Apa yang penting sekarang adalah kebajikan bayi dan ibunya. Dalam tempoh berpantang, si ibu sangat memerlukan pemakanan yang mencukupi dan berkhasiat. Saya mencadangkan agar bantuan sebanyak RM1,000 diberikan kepadanya bagi meringankan beban.

Mohon bantuan anda semua. Sila hubungi saya di 018 2683999.

Lagi paparan

Artikel berkaitan

Back to top button