DiHalau Dan Perlu Hidup Sendiri

DIHALAU DAN PERLU HIDUP SENDIRI
Apabila beliau sakit dan tiada tempat tinggal, kamilah yang mengambilnya dan menempatkannya.
Tarikh dimasukkan ke AK Mega Homecare: 21 Februari 2023
Tarikh dihalau: 22 April 2025
KESALAHAN YANG DILAKUKAN: Seorang lelaki berumur 70 tahun akan dihalau kerana:
- Menunjukkan gambar-gambar lucah kepada penghuni lain di pusat jagaan
- Tidak mengikut diet yang telah ditetapkan
- Melawat tempat maksiat semasa waktu keluar
- Salah laku seksual di pusat jagaan
Untuk makluman umum, kami telah membelanjakan sebanyak RM31,200 bagi membayar penjagaan beliau di AK Mega selama lebih dua tahun pada kadar RM1,300 sebulan. Ketika mula dimasukkan, beliau dalam keadaan sakit dan terlantar.
Kini beliau telah sembuh dan kembali aktif. Beliau mampu menjaga dirinya sendiri.
Kami telah banyak kali memberi amaran dan nasihat, namun beliau enggan bekerjasama.
Kami berterima kasih kepada AK Mega kerana telah merawat dan memulihkan beliau sehingga kembali sihat sepenuhnya.
Kami tiada pilihan selain mengeluarkan beliau dari pusat jagaan. Beliau akan dihantar ke JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) untuk pengurusan seterusnya.



