Dilantik Sebagai Ahli Lembaga Pelawat Hospital Kanser Negara
Saya tidak pernah menyangka akan dilantik sebagai Ahli Lembaga Pelawat, dan surat pelantikan ini ditandatangani sendiri oleh Menteri Kesihatan.
Komitmen saya adalah untuk berkhidmat kepada pesakit kanser tanpa mengira bangsa, agama atau kewarganegaraan. Ayah dan ibu saya sendiri pernah menjadi pesakit kanser.
Saya sedar ramai pesakit kanser menghadapi masalah pengangkutan, dan saya bersedia menjadi sebahagian daripada penyelesaian itu — bersama sokongan ikhlas anda semua.
Tanpa sokongan anda sebagai “Wira Malaysia” dengan sumbangan hanya RM10 sebulan, usaha kami untuk membantu mereka tidak akan mampu diteruskan.
Saya sentiasa menjadi sahabat kepada para pesakit kanser — dan juga kepada mereka yang lain. Kita bukan tidak sakit kerana kita sihat, tetapi kerana rahmat Tuhan. Maka selama mana Tuhan beri kita kesihatan, bantulah mereka yang sedang diuji. Anda setuju?
Ayuh rakyat Malaysia! Saya perlukan sokongan anda — hanya RM10 sebulan — supaya kita dapat menjadi tiang sokongan buat mereka yang memerlukan. RM10 anda akan menjadi saham amal yang berpanjangan.
Pelantikan ini sebenarnya adalah pengiktirafan kepada anda semua. Jadilah rakyat Malaysia yang benar-benar patriotik. Bantu-membantu sesama insan.
Kami juga mengalu-alukan sukarelawan untuk menyertai pusat kami atau sekadar datang menziarahi.
📍 No. 33, Jalan PU7/4, Taman Puchong Utama, Puchong
📞 Hubungi kami di 018-2683999