Peranan Kita Bersama

PERANAN KITA BERSAMA.
Kami adalah pekerja kecemasan. Setelah mengenal pasti keperluan untuk memperkasakan lagi perkhidmatan kecemasan, kami telah menghadiahkan sebuah iPad dan sebuah komputer riba kepada Jabatan Kecemasan Hospital Putrajaya.
Tujuannya adalah untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan jabatan kecemasan. Jabatan kecemasan merupakan titik hentian paling penting dalam sesebuah hospital. Dalam kes kecemasan, merekalah yang berperanan menyelamatkan nyawa dan menstabilkan pesakit. Kalau tak lepas di sini, jawabnya – kamu akan dibawa ke bilik mayat.
Oleh itu, masyarakat perlu sentiasa faham – jabatan kecemasan adalah untuk menyelamatkan nyawa dalam situasi kecemasan sebenar, bukan untuk batuk dan selsema. Kami sentiasa mencari jalan untuk menambah baik perkhidmatan kecemasan demi manfaat orang awam.
Ia merupakan satu pelaburan yang sangat berbaloi bagi NGO untuk membantu mana-mana hospital atau Klinik Kesihatan kerana perkhidmatan itu adalah untuk rakyat. Kita sebagai rakyat juga perlu mainkan peranan dalam membantu sistem kesihatan awam bila berpeluang.
Sumbangan anda akan membawa manfaat kepada lebih ramai orang dalam jangka masa panjang. Kami berbangga kerana dapat menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada perkhidmatan kesihatan awam.
BERSAMA MEMBINA MALAYSIA YANG LEBIH BAIK.