Berita

Dari Puchong ke Kuala Pilah: Perjalanan Sebuah Keikhlasan

KEJAYAAN TERBESAR KITA SEMALAM BUKAN BERAPA BANYAK KITA DAPAT, TETAPI BERAPA BANYAK KITA MEMBERI.

Seorang wanita berbangsa Cina dari Taman Permai, Kuala Pilah yang kini menghidap kanser telah menghubungi saya dalam keadaan terdesak. Suaminya sedang sakit tenat dan perlu tidur dalam keadaan duduk kerana jangkitan paru-paru.

Dia menghidap kanser, suaminya pula mengalami masalah paru-paru. Mereka tidak mampu menyewa atau membeli katil hospital yang membolehkan suaminya tidur dalam keadaan tegak. Jika dia tidur dalam posisi rata, dia akan sukar bernafas.

Kuala Pilah sangat jauh dari Puchong. Tiada siapa yang membayar kos minyak van atau gaji kakitangan untuk penghantaran itu. Namun kami tetap berjaya menghantarnya kepada mereka. Dan saya anggap itu sebagai salah satu kejayaan terbesar kami semalam.

Kami ada banyak kisah kemanusiaan yang menyentuh hati semalam. Kami menjadi wira kepada mereka yang memerlukan.

Bagaimana ini boleh berlaku?
Ia berlaku kerana sumbangan RM10 sebulan daripada anda semua.

Anda pun boleh jadi wira kepada yang memerlukan. Sertailah kami hari ini. Derma RM10 kepada kami.

Hubungi saya di 018-2683999 untuk jadi wira kepada mereka.
Mereka perlukan RM10 anda untuk terus hidup.

Ayuh, bersama kami dalam pasukan UK38. Jadilah wira untuk Malaysia hari ini.

Lagi paparan

Artikel berkaitan

Back to top button