NGO & JKM Bersatu: Menyelamatkan Anak-Anak Tanpa Suara
KAMI PELINDUNG KANAK KANAK.
Bersama team JKM Wilayah Persekutuan membincangkan nasib dan masa depan 3 anak Rohingya yang masih di hospital. Kami akan bawa interpreter untuk mendapat keputusan ibu yang di syaki sedang hadapi tekanan mental dan stress. Mereka hidup gelandangan dan ibu pernah mengamuk semasa pihak JKM cube mengambil anak anak beliau untuk di jaga dengan baik.
Ini lah cabaran yang merumitkan penempatan kanak kanak yang terabai dan hidup di gelandangan.
Nak selamatkan anak anak beliau, kami tiada pilihan dan terpaksa bertindak bukan melalui emosi tetapi melalui logik dan lunas lunas hidup dan pembesaran kanak kanak di ambil kira.
Saya adalah NGO YANG BERTUAH kerana dapat bekerjasama erat dan rapat dengan semua agensi kerajaan yang membawa kepada satu matlamat dan niat memberi perkhidmatan terbaik kepada bangsa dan negara.
NGO kami sudah lama bekerjasama dengan pihak JKM demi menambah kualiti hidup mereka yang munkin terabai atau memerlukan.
Untuk bantuan dari NGO kami, call hotline 03 80656666 atau saya sendiri 018 2683999.




