Berita
TERKINI : Pengeluaran Akaun-1 KWSP
YB Senator Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan Malaysia

6 November 2020, Kuala Lumpur – YB Senator Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan Malaysia mengumumkan Kerajaan membenarkan pencarum mengeluarkan RM500 sebulan untuk 12 bulan daripada Akaun 1 KWSP bagi mengurangkan bebanan yang ditanggung.
Pengeluaran ini dijangka memberi manfaat kepada 600,000 ahli yang terjejas. Pengeluaran ini dikhaskan kepada mereka yang kehilangan pekerjaan semasa pandemik COVID-19 melanda negara.



