Berita
Terima Kasih U3A: Inspirasi untuk Warga Emas Kekal Ceria
WARGA EMAS, SILA AMBIL PERHATIAN. SERTAI DI SINI DAN NIKMATI HIDUP ANDA.
Saya mengakhiri bulan April 2025 pada hari terakhir bulan tersebut dengan melawat U3A (University of 3rd Aged). Terima kasih kepada Encik Albert Teh kerana meluangkan masa menerima kunjungan saya di pusat tersebut yang terletak di Petaling Garden, Petaling Jaya.
Sangat baik untuk warga emas menyertai U3A kerana mereka menawarkan kelas pelbagai kemahiran serta aktiviti-aktiviti menyeronokkan khas untuk warga emas. Aktiviti melukis dan kraftangan adalah antara aktiviti menarik yang ditawarkan.
Untuk mendaftar sebagai ahli, sila hubungi Encik Albert Teh di 012 2843493.




