Janji Tinggal Janji, Tapi Saya Tak Menyesal Tolong
RISIKO BUAT BAIK. HARAP 4226 KELUAR FIRST PRIZE MAGNUM LAH. HARAP KTM KUDA TOTO MAGNUM TOLONG BAYAR.
Semasa arwah minta kami hantar balik kerumah untuk meninggal dunia, suami arwah tiada duit bayar bil. Suami arwah terpinga pinga dan doktor minta kami bantu.
Kami bantu selesaikan separuh bil dan nama saya di letakkan sebagai pembayar. Suami arwah berjanji nak settlekan hutang dengan hospital. Kini arwah sudah tiada. Bil tertunggak dan saya bakal di saman.
Ini lah risiko kita buat baik. Janji suami arwah untuk bayar bil tertunggak lebur. Saya pulak di hambat oleh pihak Hospital untuk bayar bil. Tak apa lah, biar saya cerita dengan hospital. Satu bulan saya mampu bayar RM100. Kita bincang, Harap harap Hsopital boleh bincang.
Saya redha. Ini lah cabaran kita bantu arwah. Semoga Nombor bil 4226 hari ini keluar Magnum. Kita kasi settle semua.




