Kebajikan

Bantuan Ambulans Percuma Buat Priyasagi, 17 Tahun

*NASIB ANAK MUDA – PRIYASAGI, 17 TAHUN* Priyasagi baru berusia 17 tahun. Pada usia semuda ini, beliau sepatutnya menikmati kehidupan seperti remaja lain. Namun, dugaan hidup yang dilaluinya cukup berat apabila hanya terlantar di rumah akibat masalah pada bahagian tulang belakang. Di sebalik ujian ini, ibunya menjadi satu-satunya tempat bergantung buat lima orang anak selepas suaminya meninggal dunia. Ibunya bekerja sebagai pencuci di sebuah syarikat dengan pendapatan hanya RM1,700 sebulan. Dengan pendapatan yang begitu terhad, beliau perlu menanggung keperluan lima orang anak di samping menguruskan keadaan Priyasagi. Dalam keadaan yang serba kekurangan, ibu Priyasagi menghubungi Uncle Kentang untuk memohon bantuan *perkhidmatan ambulans percuma*. bagi memudahkan urusan membawa anaknya mendapatkan rawatan. Dalam masa yang sama, kehadiran pasukan uncle kentang telah menghantar bantuan makanan untuk kegunaan harian mereka.

Lagi paparan

Artikel berkaitan

Back to top button