Berita
Rehatlah Dengan Tenang

Kepada Puan,
Saya mendapat berita bahawa Puan telah terbiar di bilik mayat selama lebih daripada 10 hari. Kawan Puan, Kathy, telah menghubungi pusat kami dan meminta bantuan.
Saya telah berusaha sedaya upaya untuk menuntut jenazah Puan. Ia bukanlah tugas yang mudah, tetapi akhirnya kami berjaya mengeluarkan jenazah Puan.
Saya amat berbesar hati kerana dengan bantuan para penderma, kami dapat mengadakan pengebumian untuk Puan.
Rehatlah dengan tenang dan hari ini kami akan menaburkan abu Puan di laut terbuka berhampiran Pulau Ketam. Semoga Puan berada di syurga.



