BeritaKebajikan

Dapur Umum Kedua Di Bandar Bukit Puchong

Dapur Umum merupakan satu inisiatif bagi membantu mereka yang lapar dan tidak mempunyai wang untuk membeli makanan.

Usaha murni ini tidak akan dapat dilaksanakan tanpa sokongan dan dorongan daripada rakyat Malaysia yang sering membantu tanpa mengira latar belakang agama dan bangsa.

Inisiatif ini terus berkembang selepas kejayaan Dapur Umum pertama yang telah beroperasi pada pertengahan Oktober tahun lalu.

Dapur Umum kini meneruskan baktinya kepada masyarakat setelah mendapat kerjasama yang baik dari Restoran Chef Gemok (RCG), semalam.

RCG bersetuju untuk menyediakan beberapa menu bagi mereka yang tidak berkemampuan khusus yang tinggal berdekatan di Bandar Bukit Puchong.

Operasi Dapur Umum kedua ini akan diumumkan dalam masa terdekat agar mereka yang lapar dan putus makanan tidak perlu lagi mengikat perut.

Mereka hanya perlu datang ke RCG, isi borang dan makan.

Kita mengalu-alukan sumbangan daripada orang ramai agar sama-sama dapat merealisasikan usaha murni ini bagi membantu mereka dalam kelaparan.

Lagi paparan

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button