BeritaPerkhidmatan

Taklimat CPR Kepada 350 Badan Unit Beruniform SMK Bukit Jalil

Seramai 350 peserta unit badan beruniform Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Jalil telah mengikuti taklimat berkenaan kaedah resusitasi kardiopulmonari (CPR) yang disampaikan oleh Pasukan Perubatan Ambulans Komuniti Kepolisan Malaysia (CP Ambulance) di sini.

Aimi

Pengurus CP Ambulance, Nur Aimi Nabilah, berkata program seumpana ini perlu diadakan setiap masa bagi mendedahkan para peserta agar sentiasa mengingati teknik-teknik yang betul jika berhadapan dengan situasi kecemasan sebenar.

“Hari ini seramai 4 orang dari pasukan perubatan CP Ambulance turut hadir untuk berkongsikan pengalaman mereka bersama para peserta.

“Kemalangan boleh berlaku dimana sahaja dan persediaan awal dengan memberi pendedahan cara CPR yang betul mereka mampu membantu mangsa sehingga bantuan tiba.” katanya.

Azizi

Manakala peserta, Azizi Irfan Norazman, 14, berkata ini merupakan kali pertama dia menyertai taklimat CPR dan berasa teruja untuk mencuba secara amali.

“Pada mulanya agak sukar kerana tidak pernah mencuba sebelum ini, namun selepas mendapat tunjuk ajar dari pasukan perubatan akhirnya saya sudah tahu bagaimana untuk melakukan CPR.” katanya selepas melakukan CPR ke atas patung.

Menurut Siti Farah Ilyana Mahadir, 15, tidak sukar baginya untuk melakukan CPR cuma terasa sedikit penat kerana perlu tekan sebanyak 100 kali ke atas dada patung tersebut.

Farah

“Ini merupakan pengalaman pertama saya melakukan CPR dan ianya merupakan ilmu yang sangat bermanfaat.

“Teknik yang betul amat penting untuk melakukan CPR dan saya berharap dapat menyertai program seumpana ini dimasa akan datang.” katanya lagi.

Akhir sesi, para pelajar dibawa untuk melihat ambulans dengan lebih dekat dan mengenali peralatan serta fungsi yang terdapat didalamnya.

Lagi paparan

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pilihan pembaca
Close
Back to top button