Keluarga Dari Gua Musang Putus Bekalan Makanan
Seorang bapa dari Gua Musang, Kelantan menghubungi Kuan Chee Heng (Uncle Kentang) untuk mendapatkan bantuan kerana putus bekalan makanan.
Dia hanya bekerja sebagai tukang sapu di pejabat, surau dan pelbagai premis sebagai sumber rezeki.
Namun malangnya sudah beberapa hari, dia tidak menerima sebarang panggilan untuk khidmatnya itu lagi.
Dia mempunyai seorang anak yang sakit dan baru menjalani pembedahan pada bahagian ususnya.
Disebabkan itu, dia perlu membawa anaknya untuk rawatan susulan yang menelan belanja RM15 sehari.
Pendapatan yang tidak menentu membuatkan dia lebih risaukan tentang persekolahan anaknya yang lain serta perlukan bekalan makanan.
Uncle Kentang kemudiannya mendermakan sebanyak RM250 bagi meringankan beban supaya dia dapat membeli bekalan makanan kepada keluarganya.
