Kad Keluarga Kentang Bantu Golongan Asnaf
Setiap kali bantuan makanan dihantar kepada golongan asnaf, Uncle Kentang akan memandu van dan menyerahkannya sendiri kepada mereka yang tidak berkemampuan.
Ianya bertujuan untuk mengenal pasti golongan yang menerima bekalan makanan adalah dari mereka yang sangat memerlukan.
Atas usaha itu, Uncle Kentang akan mengeluarkan kad “Keluarga Kentang” bagi membantu golongan asnaf yang berada di kawasan Puchong dalam masa terdekat ini.
Menurut Uncle Kentang, inisiatif ini adalah bertujuan untuk memastikan golongan asnaf tidak putus bekalan makanan sekaligus dapat membantu mereka yang benar-benar susah dan miskin.
Permohonan kad “Keluarga Kentang” akan diumumkan tidak lama lagi dan Uncle Kentang mengalu-alukan mereka yang layak untuk memohon.
Buat masa ini, mereka yang lapar dan putus bekalan makanan boleh datang mengambil sendiri dirumahnya seperti beras, gula, minyak masak, tepung gandum, telur dan lain-lain lagi.
Namun, saya sendiri akan menghantar bekalan makanan tersebut ke rumah mereka sekiranya tidak mempunyai kenderaan.