BeritaSukan

Pengalaman Baharu Jadi “Ball Boy”

“Ball Boy” atau budak pengutip bola merupakan tugas mencabar bagi memastikan perlawanan bola sepak tetap berjalan lancar setiap kali bola keluar dari padang.

Baru-baru ini, seramai 6 pemain dari Akademi Bola Sepak Uncle Kentang (UKFA) berpeluang untuk beraksi sebagai budak pengutip bola di Stadium Mini Shah Alam.

Jurulatih UKFA, Albert Chung, menerusi kenyataan di Facebook berkata, kesemua “Ball Boy” amat teruja selepas diberikan sebiji bola, bib dan sebotol air serta menerangkan peranan mereka di padang.

“Saya amat berterima kasih kepada ibu bapa dan penjaga kerana sudi menghantar dan mengambil mereka dari walaupun perjalanan dari Puchong ke Shah Alam bukanlah dekat.

“Dari sini, mereka dapat belajar serta melihat lebih dekat aksi perlawanan sebenar diadakan,” katanya.

Meski pasukan bimbingan Albert tewas pada perlawanan tersebut, namun beliau berasa gembira kerana matlamatnya untuk membantu kebajikan anak-anak yang tidak berkemampuan tercapai.

Setiap dari “Ball Boy” menerima bayaran sebanyak RM30 seorang serta mereka dijemput pulang oleh ibu bapa dan penjaga masing-masing selepas tamat perlawanan.

Lagi paparan

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button