Berita

Pekerja Ambulans CP Wajib Pakai Apron Ketika Ambil Kes

Uncle Kentang hari ini menegaskan kepada kesemua pekerja Ambulans Community Policing (CP) diwajibkan memakai apron dan topeng muka ketika mengambil kes berkuatkuasa hari ini.

Arahan ini dikeluarkan selepas mendapati bilangan kes COVID-19 di Malaysia semakin meningkat serta langkah berjaga-jaga diambil agar kesemua pekerja terhindar dari dijangkiti virus tersebut.

Uncle Kentang

Uncle Kentang dalam taklimatnya merayu agar para pekerja mengambil berat dan jangan memandang enteng dengan serangan COVID-19 kerana mampu meragut nyawa.

Pekerja Ambulans CP dinasihatkan agar kurangkan pergaulan dengan orang ramai, elakkan berada ditempat yang sesak dan terus pulang ke rumah selepas habis kerja.

Kegagalan mematuhi arahan yang diberikan, para pekerja berkenaan akan dikenakan tindakan tatatertib.

Lagi paparan

Artikel berkaitan

Pilihan pembaca
Close
Back to top button