BeritaKebajikan

Teksi RM1 Permudah Golongan Asnaf di JB

Berita baik bagi golongan asnaf di Johor Bahru, Johor kerana mereka bakal menikmati perkhidmatan teksi RM1 yang ditawarkan secara peribadi oleh seorang pemandu teksi berhati mulia.

Pemandu teksi, Mohd Padzil Abdul Karim, 50, berkata dia sudah lama mengikuti Facebook Uncle Kentang dan selalu melihat pertolongan yang sering diberikan kepada orang ramai.

“Pelbagai usaha Uncle Kentang lakukan bagi membantu golongan asnaf dan ianya menjadi pembakar semangat untuk turut membantu mereka dengan apa yang saya ada.

“Saya faham bagaimana rasanya hidup susah kerana selepas berpindah ke Johor agar sukar untuk mendapatkan pekerjaan,” katanya ketika dihubungi.

Tambah Padzil lagi, dia kini membawa teksi di kawasan Johor Bahru dan berharap agar dapat membantu mereka yang susah dengan menawarkan perkhidmatan teksi RM1.

“Kos perjalan ke hospital bukanlah murah tambahan pula bagi golongan kurang berkemampuan ianya pasti membebankan jika terpaksa ulang-alik setiap minggu.

“Bagi mereka golongan asnaf sekiranya memerlukan perkhidmatan teksi di Johor Bahru untuk temujanji atau ke hospital hubungilah saya ditalian 01160507276 (Padzil),” katanya lagi.

Menurutnya lagi, perkhidmatan teksinya hanya meliputi Johor Bahru sahaja kerana permitnya dihadkan untuk kawasan itu sahaja.

Sila hubungi Padzil 2 hari sebelum ke hospital bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

Lagi paparan

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button