Pada 27 Mac yang lepas, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan satu Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) bagi membantu rakyat Malaysia yang terkesan dengan wabak COVID-19 yang melanda negara ketika ini.
Di dalam pakej ini, setiap lapisan masyarakat yang layak akan menerima bantuan bermula RM800 sehingga RM1600 secara one-off yang akan dibayar dalam dua fasa iaitu pada akhir bulan April & juga bulan Mei 2020.
Sekiranya anda PERNAH menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) sebelum ini, anda tidak perlu lagi membuat permohonan BPN. Penerima BSH akan menerima BPN secara automatik. SMS memaklumkan kelulusan BPN akan dihantar secara berperingkat.
Sekiranya anda TIDAK PERNAH menerima BSH sebelum ini, anda boleh membuat permohonan BPN bermula 1 April 2020 sehingga 30 April 2020. Pemohon diharap bersabar apabila melayari lamab web BPN kerana bilangan trafik yang tinggi ketika ini.
” Untuk memudahkan permohonan anda, layari laman web BPN pada waktu malam atau awal pagi. Anda juga digalakkan melayari laman web BPN pada minggu hadapan.”
Suhaizam, Web Developer
Untuk memohon, klik butang permohonan di bawah :-
PERMOHONAN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL
Terima kasih diucapkan kepada Kerajaan Malaysia di atas bantuan ini. Semoga bantuan ini dapat meringankan beban rakyat Malaysia yang terjejas.
PERHATIAN
Sila patuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April 2020