
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun, sering menggunakan Ambulan Community Policing (CP) bertujuan untuk ke hospital bagi menjalani rawatan kemoterapi.
Leukemia yang telah di kesan sejak dia berusia 1 tahun 6 bulan tidak memutuskan semangat bapanya bagi mendapatkan rawatan anaknya setiap bulan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).
Mereka terpaksa berulang-alik dari Damansara Damai ke HUKM setiap bulan dan menanggung beban kos perkhidmatan teksi bagi tujuan rawatan kemoterapi di sana.
Atas dasar keprihatinan, Ambulans CP telah memberi perkhidmatan untuk menghantar dan mengambil sekaligus dapat meringankan beban yang ditanggung oleh mereka sekeluarga.