Bermula Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan pada 18 Mac 2020, pasukan kendalian Uncle Kentang telah membantu orang susah yang terputus bekalan makanan. Melalui Projek Malaysia Prihatin, ramai yang mendapat manfaat daripada projek ini.

Bagi memudahkan lagi penyaluran bantuan, Borang Anak Malaysia Lapar diwujudkan. Untuk permulaan, borang ini mengumpulkan maklumat orang susah dan asnaf bagi kawasan Puchong Utama dan berdekatan.
Kawasan-kawasan yang menjadi keutamaan adalah :
- Puchong Court 1 dan 2.
- Puchong Permai.
- Puchong Perdana.
- Kg Seri Aman.
- Kg Sri Langkas.
- Kg Tengah.
- Kg Kenangan.
- Puchong Indah.
- Puchong Intan.
- Kg Bersatu.
- Flet tepi highway Batu 14.
- Bandar Bukit Puchong
- Taman Saujana Puchong.
- Batu 14 Puchong.
- Flet Kedai Taman Maju Jaya.
- Puchong Prima.
Maklumat anda juga akan digunakan agar kita dapat bersiap lebih awal untuk menghadapi bulan Ramadhan, Syawal serta PKP yang mungkin akan berlanjutan.
Bagi mereka yang memerlukan, sila isi borang tersebut. Sila berikan maklumat yang sah bagi pihak Uncle Kentang membuat penilaian.
“Kami tidak menjanjikan bantuan sampai, tetapi kami akan buat sekadar yang termampu kami lakukan.”
Uncle Kentang
Bagi mereka yang ingin melakukan sumbangan pula, layari kentangfund.com atau klik Projek Nasi Malaysia
Saya Mohana ibu tunggal/ janda kepada 4 orang anak ingin memohon Bantuan Makanan.Saya berasal Dari Taman Mas puchong