Berita

Berjaya Kumpul 100 Set PPE Dalam Masa 15 Minit

Terima kasih orang gila semua, itulah kata-kata oleh Aktivis Masyarakat, Kuan Chee Heng (Uncle Kentang) kepada pengikutnya di facebook apabila berjaya mengumpul dana bagi membeli set Peralatan Perlindungan Diri (PPE), semalam.

Uncle Kentang dalam video “live” di facebooknya, mengumumkan bahawa Klinik Kesihatan Batu 14 Puchong memerlukan 100 set PPE kerana stok yang sedia ada sudah berkurangan.

Demi keselamatan para petugas barisan hadapan di Klinik Kesihatan Batu 14 Puchong, Uncle Kentang memulakan kempen sumbangan RM50 bagi 1 set PPE.

Namun beliau tidak menyangka bahawa kutipan sumbangan sebanyak RM5,000 berjaya dikumpul kurang daripada 15 minit ketika sesi video “live” berlangsung bersama pengikutnya di facebook.

Uncle Ketang secara peribadi mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengikutnya yang telah memberikan sumbangan bagi membeli 100 set PPE untuk Klinik Kesihatan Batu 14 Puchong.

Lagi paparan

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button