“Jangan Letak Barang Makanan Di Atas Jalan, Tak Baik,” Kata Netizen

Baru-baru ini heboh di ruangan komen facebook Aktivis Masyarakat, Kuan Chee Heng (Uncle Kentang) kerana gara-gara beliau meletakkan barang makanan sumbangan di atas jalan.
Segelintir pembaca dan pengikutnya di laman facebook tidak senang dengan cara sebegitu.
Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa setiap hari Uncle Kentang menyalurkan sumbangan lebih dari 100 keluarga.
Menyedari akan bahawa bahayanya Covid-19, beliau telah mengambil inisiatif untuk mengekalkan jarak sosial agar tidak bersentuhan dengan penerima bantuan.
Dalam situasi ini, Uncle Kentang beranggapan bahawa dirinya merupakan pembawa Covid-19 dan kemungkinan penerima juga dijangkiti oleh virus tersebut.
Jelas sekali situasi tersebut adalah untuk memastikan bahawa virus tersebut tidak tersebar kepada orang ramai.
Meskipun bantuan diberi, namun keselamatan penerima dan pemberi tetap menjadi keutamaan.
