Berita

300 Kampit Beras Diperlukan Untuk Golongan Asnaf

Ramai keluarga terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) terutama bagi mereka berpendapatan rendah dan bergaji harian.

Sepanjang PKPD ini dijalankan, telah ramai keluarga asnaf dibantu oleh Aktivis Masyarakat, Kuan Chee Heng (Uncle Kentang).

Uncle Kentang dalam status facebooknya, memohon sumbangan 300 kampit beras untuk disalurkan kepada golongan asnaf di Puchong dan sekitarnya.

Menurutnya, ramai keluarga terjejas dan berharap agar sumbangan yang diberikan sedikit sebanyak dapat membantu mereka menghadapi PKPD fasa ke-3 ini.

Selain beras, orang ramai juga boleh menyumbangkan barang makanan lain seperti biskut, roti, mee segeras, bihun dan lain-lain.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Mr Zam 011 3589 6470 dan Mr Asri 016 686 9039.

Lagi paparan

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button