Teknologi

Peranti Mercu Motorola Edge+ Bakal Hadir Dengan Kamera 108MP

Telah sekian lama Motorola tidah mengeluarkan smartphone kelas atasan. Model terakhir adalah Motorola Moto Z3 yang dilancarkan pada tahun 2018. Pada tahun ini, Motorola bakal hadir dengan model perdana yang baru yang akan dikenali sebagai Motorola Edge+.

Bedasarakan gambar dan spesifikasi yang tertiris, peranti premium ini bakal hadir dengan tiga kombinasi kamera belakang dengan sensor utama 108 Megapixel. Dua lagi sensor adalah 8 Megapixel  lensa telefoto dengan kemampuan 3X Zoom dan 16 Megapixel kamera sudut lebar. Manakala untuk selfie, peranti ini akan hadir dengan kamera 25 Megapixel yang terletak pada lubang kecil pada penjuru skrin hadapan.

Untuk spesifikasi dalaman, Motorola Edge+ sudah tentu dikuasai oleh pemproses Snapdragon 865 dengan rangkaian 5G, bateri dengan kapasiti 5,170mAh dan juga audio jack. Peranti ini juga bakal hadir dengan skrin 6.67 inci dengan kadar segar semula 90Hz.

Buat masa ini tiada maklumat umtuk tarikh pelancaran dan juga harga Motorola Edge+. Peranti ini dikatakan akan dilancarkan pada acara MWC 2020 tetapi telah dibatalkan akibat virus COVID-19.

Sumber
www.mesramobile.com
Lagi paparan

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button