Berita

PES Sasar Bantu Asnaf Di Setapak Dan Wangsa Maju

Pelbagai usaha Kerajaan, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan orang perseorangan turut sama untuk membantu masyarat yang terjejas dan hilang punca pendapatan akibat musibah wabak Covid-19 melanda di negara kita.

Pasukan Bolasepak Peace Exchange Soccer (PES) tidak ketinggalan turut sama menghulurkan bantuan kepada golongan asnaf yang terputus bekalan makanan dan hilang punca pendapatan untuk menyara keluarga.

Albert

Jurulatih PES, Albert Chung, berkata pasukan dibawah bimbingannya itu terpanggil untuk menghulurkan bantuan kepada masyarakat setelah melihat dirinya yang sering mengikuti aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng (Uncle Kentang), menghulurkan bantuan di Puchong dan sekitarnya.

“Setelah berbincang bersama pasukan, kami akhirnya bersepakat untuk membantu golongan asnaf di Setapak dan Wangsa Maju kerana ramai keluarga miskin serta berpendapatan rendah di sini.

“Selain itu, tempat penyimpanan makanan juga berdekatan dengan kawasan tersebut secara tidak langsung ianya akan memudahkan kerja mengurus dan pengagihan bantuan dilakukan,” katanya.

Tambah Albert lagi, pengagihan kepada mereka di kawasan Setapak dan Wangsa Maju akan dilakukan pada setiap hari sabtu memandangkan kami ada komitmen lain kerana bekerja.

“Selain itu, dana juga dikumpul dikalangan kami sendiri dan mensasarkan 20-50 keluarga dapat dibantu dengan usaha ini.

“Jika ada mana-mana keluarga dan mereka yang asnaf ingin memohon bantuan, mereka boleh hubungi saya ditalian 01165121288 dengan sertakan maklumat penting seperti nama, nombor telefon dan alamat rumah,” katanya lagi.

Kami juga mengalu-alukan sumbangan daripada orang ramai untuk sama-sama membantu golongan asnaf di sini.

Lagi paparan

Artikel berkaitan

2 Comments

  1. Assalamulaikum boleh tnya klau nak buat permohon barang dapur mcam ne

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button