Minta RM2,000 Tapi Dapat Lebih RM6,000 Untuk Bantu OKU
“Kita minta RM2,600 tapi dapat RM6,769.61” kata aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng (Uncle Kentang) dalam satu hantaran difacebooknya, hari ini.
Dana tersebut dikumpul bagi membantu seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) untuk membeli sebuah kerusi roda yang dianggarkan bernilai RM1700.
Menurut Uncle Kentang, kerusi rodanya yang lama sudah uzur dan tidak boleh digunakan lagi dan menyukarkan dia untuk bergerak.
Manakala sumbangan RM900 pula adalah untuk membeli sebuah peti sejuk kepada ibu tunggal yang kini membesarkan seorang anak OKU.
Dua beranak ini tinggal di Program Perumahan Rakyat (PPR) Pinggiran Bukit Jalil dan amat memerlukan peti sejuk untuk menyimpan barang makanan agar tahan lebih lama.
Uncle Kentang ketika sesi video “live” bersama pengikutnya di facebook tidak menyangka jumlah kutipan dana melebihi dari apa yang diminta.
Beliau turut memaklumkan bahawa baki daripada dana tersebut akan digunakan untuk membantu seorang lelaki OKU yang memerlukan kaki palsu.
Uncle Kentang turut mengucapkan terima kasih kepada semua penyumbang kerana merialisasikan impian mereka yang memerlukan untuk memiliki sebuah kerusi roda dan peti sejuk baharu.