Emak Sudah Mati Tapi Tiada Mayat

Aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng (Uncle Kentang) hari ini dalam satu hantaran di Facebook miliknya mengecam tindakan seorang pemanggil yang meminta bantuan bagi menguruskan jenazah ibunya namun tidak dapat memberikan bukti bergambar.
Uncle Kentang pada awalnya menawarkan perkhidmatan untuk menguruskan jenazah seperti mandi, kapan dan van untuk ke kubur tetapi pemanggil tersebut menolak pelawaan tersebut sambil menangis teresak-esak di talian telfon.
Katanya sudah ada “team” yang menguruskan jenazah ibunya dan dia hanya memerlukan wang tunai sebanyak RM1,500 untuk dibayar kepada pihak masjid.
Uncle Kentang kemudiannya menghubungi balai polis di kawasan berkenaan cuba untuk mendapatkan maklumat kematian dan tukang gali kubur namun ternyata jawapannya tidak benar sama sekali.
Malah ketika Uncle Kentang meminta gambar jenazah ibunya pelbagai alasan yang diberikan olehnya.
Dalam hantarannya Uncle Kentang turut tertawakan pemanggil tersebut serta menyatakan bahawa panggilan dengan tangisan yang mengalahkan pelakon Hollywood belum tentu benar dan jangan mudah percaya.