Berita

Kempen “Beli Sambil Sedekah” Bantu Orang Susah, Lapar dan Sakit

Pelbagai usaha telah dilakukan oleh aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng (Uncle Kentang) bagi membantu masyarat terutama mereka yang susah, lapar dan sakit.

Namun usaha murni ini tidak dapat diteruskan sekiranya tidak mendapat sokongan dan bantuan daripada orang ramai terutamanya sumbangan kewangan atau sebaliknya.

Oleh sebab itu, Uncle Kentang dengan inisiatifnya telah mengeluar beberapa produk seperti mini ambulans, kopi hijau, gel pewangi, pencuci tandas, pelekat kereta dan lain-lain bagi yang bertujuan untuk mengumpul dana bagi membantu mereka yang benar-benar memerlukan.

Kempen “Beli Sambil Sedekah” adalah salah satu usaha Uncle Kentang bersama rakyat Malaysia untuk sama-sama membantu mereka yang tidak berkemampuan.

Sekecil-kecil sumbangan dari anda, ianya merupakan seribu makna buat mereka yang memerlukan.

Pembelian boleh dilakukan di https://shopee.com.my/unclekentangstore atau http://www.kentangcafe.com.

Lagi paparan

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button