Berita

Kerana Tidak Cukup Makan, Uncle Kentang Mengaku Curi Duit Tabung

Pagi ini dalam satu hantaran di Facebook aktivis masyarat, Kuan Chee Heng (Uncle Kentang) telah mengejutkan pengikutnya dengan kenyataan bahawa beliau telah mencuri duit tabung makan dan inilah sebabnya.

Apa Puncanya ?

Uncle Kentang telah menerima satu mesej melalui aplikasi whatsapp oleh sebuah keluarga di Taman Mahkota Cheras, Balakong yang amat memerlukan bantuan makanan, awal pagi tadi.

Hanya memakan bubur sejak 3 hari lalu membuatkan hati Uncle Kentang sebak dan tidak mampu menahan kesedihan memikirkan kesusahan yang dilalui keluarga tersebut.

Ibu tunggal itu terpaksa menagih makanan demi dua orang anaknya yang masih kecil dan masih belum mengerti kepayahan ibu mereka setelah kehilangan punca pendapatan sejak 3 bulan lalu.

Permohonan diluluskan serta-merta.

Bagi meringankan penderitaan keluarga tersebut Uncle Kentang telah mencuri duit tabung makan untuk disalurkan kepada mereka agar tidak perlu berlapar lagi.

Permohonan ibu tunggal itu diluluskan dengan serta-merta agar keluarganya tidak perlu berlapar lagi.

Uncle Ketang dalam hantaranya juga memuji orang ramai yang telah menyumbang dengan menyatakan “Anda Semua Hebat…Saya Curi Lagi Senyuman”

Lagi paparan

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pilihan pembaca
Close
Back to top button