Berita
Trending

Team Ustaz Ebit Lew Jumpa Uncle Kentang

Digelar sebagai pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew (UEL) kini cukup mendapat perhatian netizen susulan daripada keprihatinnya membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Hari ini Team UEL telah berkesempatan bertemu dengan aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng (Uncle Kentang) untuk mendapatkan pandangan serta cara mengendalikan perkhidmatan ambulans dan van jenazah kepada orang awam.

Uncle Kentang tidak pernah lokek ilmu dan berkongsikan pengalamannya cara mengendalikan pekerja, pesakit, ambulans, van jenazah dan lain-lain.

Mengendalikan pesakit bukanlah semudah yang disangka kerana setiap kali menerima panggilan kes cara pengendaliannya adalah berbeza.

Staf dan pengalaman dilapangan amat diperlukan bagi memberi rawatan awal kepada pesakit agar kes-kes kecemasan dapat dikendalikan dengan baik dan cekap sebelum dihantar ke hospital berdekatan.

Selain itu, cara-cara mengendalikan van jenazah turut dikongsikan bersama Team UEL bagi memastikan proses mengambil dan menghantar jenazah berjalan dengan lancar.

Perbincangan tersebut turut mendapat respon baik dari Team UEL apabila masing-masing sering mengajukan pelbagai persoalan bagi memastikan perkhidmatan ambulans dan van jenazah kepada orang awam tidak menjadi masalah kelak.

Pertemuan tersebut berlangsung sekitar dua jam di Restoran Safreen, Ampang dengan kehadiran Team UEL seramai 5 orang.

Lagi paparan

Artikel berkaitan

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button