Angkara Scammer Uncle Kentang Muflis, Ini Puncanya

Aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng (Uncle Kentang) dianggap wira rakyat kerana sering membantu mereka yang lapar, susah dan sakit terlantar.
Usaha murninya itu kian mendapat perhatian umum sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 mac lalu apabila setiap hari turun dibarisan hadapan memberi bantuan kepada orang ramai yang hilang punca pendapatan akibat wabak COVID-19.
Uncle Kentang baru-baru ini telah memuat naik satu hantaran di Facebook miliknya yang mengejutkan ramai pengikutnya apabila beliau telah mengisytiharkan dirinya muflis.
Menurutnya lagi, bantuan hanya akan diberikan kepada ahli keluarga yang meninggal dunia bagi tujuan pengurusan jenazah.
Uncle Kentang menyatakan bahawa dirinya telah muflis dan tidak lagi memberikan bantuan wang tunai kepada orang ramai.
Pelbagai alasan tidak munasabah diberikan untuk meminjam wang namun tidak kurang juga ada yang sanggup menipu dan mengambil kesempatan atas kesempitan orang lain.
Beribu mesej yang diterima setiap hari rata-ratanya ingin meminjam wang malah ada segelintirnya apabila permohonan ditolak mereka mula bersikap kurang ajar.
Tambah Uncle Kentang, beliau sudah tidak berminat lagi untuk memberikan bantuan wang tunai melainkan kes kematian sahaja.
Tiada lagi pinjaman wang tunai dan berkuat kuasa serta merta.