Berita

Uncle Kentang Tunaikan Janji Bantu Ibu Tunggal di Pandamaran

Seminggu yang lalu, aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng (Uncle Kentang) telah menghantar Skuad Kentang Siasat (SKS) untuk menyiasat latar belakang sebuah keluarga di Pandamaran, Klang yang memerlukan bantuan.

SKS telah menyiasat keluarga tersebut dan pada awalnya didapati kediaman yang diduduki oleh ibu tunggal tersebut agar besar dan selesa.

Tanggapan awal SKS bahawa kehidupan mereka sekeluarga tidak susah adalah tidak benar setelah menjejakkan kaki ke dalam rumah mereka.

Ibu tunggal, Mazalina Mazlan telah ditinggalkan suami tanpa jejak sejak 8 tahun lalu.

Dia bersusah payah membesarkan 4 orang anaknya yang kini masih bersekolah dan penerima bantuan dari Zakat Selangor.

Sebelum ini Mazalina bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat logistik namun sekali lagi ujian melanda dirinya dan keluarga apabila kehilangan pekerjaan akibat Perintah Kawalan Pergerakan sejak 18 Mac lalu.

Kini Mazalina menyara keluarga dengan hasil simpanannya yang tidak seberapa dengan harapan dia dapat peluang pekerjaan lain.

Anaknya berusia 14 dan 12 tahun memerlukan cermin mata baharu kerana yang lama sudah uzur dan patah.

Bagi Mazalina masalah kewangan yang dihadapi, dia terpaksa ketepikan permintaan anak-anaknya mendapatkan cermin mata baharu kerana keperluan lain lebih penting.

Lebih malang lagi rumah yang didiami oleh Mazalina dan anak-anak sudah dijual oleh bekas suami dan tidak menerima sebarang pampasan.

Disebabkan hal itu, Mazalina terpaksa failkan tuntutan harta sepencarian di Mahkamah Syariah serta perlu membayar kos guaman.

Mazalina terpaksa tebalkan mukanya untuk meminta bantuan daripada Uncle Kentang untuk membuat cermin mata untuk anak-anaknya.

Hasil siasatan SKS dapati Mazalina juga perlukan cermin mata kerana sudah bertahun tidak tukar dan pandangan juga kabur.

Anaknya yang berusia 12 tahun juga perlukan basikal untuk ulang alik ke sekolah memandangkan basikal miliknya sudah uzur dan rosak.

Permintaan keluarga ini telah ditunaikan oleh Uncle Kentang apabila mereka telah dibawa ke MJ Optical Sdn Bhd untuk membuat cermin mata baharu.

Semasa pemeriksaan, salah seorang anak Mazalina dimaklumkan bahawa masalah rabun yang dialaminya sangat tinggi dengan kuasa kanta lebih 400 darjah.

Dengan kuasa kanta sebanyak itu sudah pasti menyukarkan anaknya untuk melihat dan membaca di dalam bilik darjah.

MJ Optical Sdn Bhd sebelum ini banyak membantu keluarga asnaf untuk membuat cermin mata di sini dan sekali lagi syarikat ini menjalankan tanggungjawabnya dengan menanggung kos cermin mata untuk keluarga Mazalina.

Kejutan turut diberikan kepada anak Mazalina apabila Uncle Kentang menghadiahkan sebuah basikal bagi memudahkan untuk ulang alik perjalanan dari rumah ke sekolah.

Lagi paparan

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pilihan pembaca
Close
Back to top button