Berita

Uncle Kentang Lancar Pasar Karat On-line No 2 Terbesar di Malaysia

Pelbagai usaha telah dilakukan oleh aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng (Uncle Kentang) bagi membantu golongan asnaf agar dapat keluar dari masalah kemiskinan yang dihadapi oleh mereka.

Salah satu usahanya adalah dengan menambah baik portal Pasar Karat On-line No 2 Terbesar di Malaysia atau lebih dikenali sebagai Kentang Cafe dengan membuka ruang kepada orang ramai yang memiliki produk untuk mendaftar sebagai vendor jualan.

Setiap vendor yang berdaftar dengan Kentang Cafe, sebanyak 5% hingga 10% jualan akan disalurkan ke dana ambulans dan van jenazah Uncle Kentang.

Para peniaga yang berminat untuk mendaftar sebagai vendor di kentangcafe.com boleh hubungi 01135896370 (Azam) bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pendaftaran.

Selain itu, orang ramai yang tidak mempunyai produk tetapi ingin berniaga boleh ikuti program dropship dibawah anjuran kentangcafe.com.

Lagi paparan

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button