Berita

Uncle Kentang Edar 1500 Ekor Ayam Sekitar Puchong

Pelbagai usaha bagi membantu masyarakat yang terkesan akibat pandemik COVID-19 terutama yang kehilangan pekerjaan dan punca pendapatan bagi meringankan beban mereka sekeluarga.

Atas usaha itu, Ayam Dindings Poultry Processing Sdn Bhd (Ayam Dindings) dengan kerjasama aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng (Uncle Kentang) telah mengagihkan 1500 ekor ayam kepada penduduk Puchong, semalam.

Menurut Uncle Kentang, usaha ini bertujuan bagi membantu mereka yang kurang berkemampuan serta hilang punca pendapatan.

“Saya amat berterima kasih kepada Ayam Dindings kerana memberi kepercayaan untuk mengagihkan 1500 ekor ayam kepada keluarga susah di Puchong,

“Usahasama ini diharap dapat berterusan bagi membantu keluarga asnaf sekaligus memberikan mereka senyuman kerana ada lauk untuk makan bersama anak-anak,” katanya.

Agihan yang bermula jam 9.00 pagi berakhir sekitar jam 7.30 petang dengan bergerak ke kawasan-kawasan asnaf terpilih.

Uncle kentang (tiga dari kanan) bersama pasukan yang bersama mengagihkan ayam di sekitar Puchong
Lagi paparan

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pilihan pembaca
Close
Back to top button