Berita

Ada Wanita Melamar Uncle Kentang? Seriuslah!

Selain membantu orang ramai yang susah, lapar dan sakit, aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng (Uncle Kentang) sering berkongsi kisah hidup di laman sosial facebooknya.

Pagi tadi, satu hantaran di facebook miliknya, Uncle Kentang memberitahu bahawa seorang ibu tunggal telah jatuh hati kepadanya kerana sifatnya yang pemurah serta sering membantu orang ramai.

Uncle Kentang dikatakan sering memberikan kata-kata nasihat agar tidak berputus asa dalam hidup serta menjadi tempat untuk berkongsi masalah yang dihadapi oleh wanita tersebut.

Dikhabarkan bahawa ibu tunggal tersebut telah jatuh hati dan melamar Uncle Kentang agar berkahwin dengannya namun permintaan wanita tersebut ditolak secara baik.

Menurut Uncle Kentang, dirinya sudah tua namun akan terus membimbing wanita tersebut sekiranya memerlukan bantuan.

Hanya doa dan harapan dapat diberikan kepada wanita tersebut agar bertemu dengan jodoh yang jauh lebih baik dan mulia.

Lagi paparan

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button