Berita

Dibawa Ke Sabak Bernam Kerana Tiada Keluarga Jaga Siva

Unit Sosial Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) telah menghubungi aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng (Uncle Kentang) bagi menguruskan seorang gelandangan untuk dihantar ke rumah jagaan orang tua dan gelandangan.

Uncle Kentang menerima berita itu kemudiannya bersetuju untuk menguruskan tempat tinggal pakcik Siva yang baharu.

Malah Unit Sosial HUKM juga turut menjelaskan bil yang mencecah hampir RM1,000 setelah lebih seminggu menerima rawatan di situ.

Urusan tempat tinggal pakcik Siva kemudiannya telah diuruskan oleh Uncle Kentang dengan menghubungi Persatuan Integrasi Muallaf, Muhammad Roger.

Pengasas, Persatuan Integrasi Muallaf, Muhammad Roger James Arnold ketika dihubungi berkata pihaknya menerima kehadiran tetamu di Rumah Jagaan Orang Tua dan Gelandangan di Sabak Bernam dengan hati yang terbuka.

Satu team telah diarahkan oleh Uncle Kentang ke HUKM bagi mengambil pakcik Siva dan menghantarnya ke Sabak Bernam.

Lagi paparan

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button