Petron Beri 100 Tong Gas Percuma Kepada Asnaf Puchong

Masyarakat Puchong yang kurang berkemampuan untuk menukar tong gas kosong kepada baharu dapat menarik nafas lega apabila Petron Malaysia telah mengagihkan sebanyak 100 tong gas masak secara percuma di Petron Indah, hari ini.
Seramai 100 keluarga asnaf di Puchong terpilih bagi mendapatkan sumbangan ini yang mana sedikit sebanyak dapat meringankan beban kewangan mereka.
Mereka yang terpilih hanya perlu membawa tong gas kosong ke Petron Puchong Indah dan bawa pulang tong gas masak baharu ke rumah.
Turut hadir, Bahagian Hal Ehwal Korporat Petron Malaysia, Encik Suhaimi, Stesen Manager, Encik Fauzi, Dealer Petron Puchong Indah, Ahmad dan aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng (Uncle Kentang.
Bagi mereka yang tidak mempunyai kenderaan untuk membawa tong gas kosong ke Petron Puchong Indah, Uncle Kentang turut menyediakan sebuah lori untuk mengangkut tong gas masak baharu ke rumah masing-masing.
Pengagihan tong gas masak ini berlangsung selama 2 hari dan kepada mereka yang sudah terpilih sila berhubung dengan Pegawai Kebajikan Uncle Kentang, Liew Yew Fook AMN ditalian 0162057077.