Netizen Tunai Hasrat Makcik Atun Berjalan Semula

Kisah Makcik Atun yang mohon sumbangan untuk miliki kaki palsu sentiasa menjadi perhatian aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng (Uncle Kentang) bagi membantu sedaya upayanya.
Kisah awal makcik Atun boleh tonton di sini.
Siapa sangka setelah hampir 4 bulan penantian, dana untuk membeli kaki palsu makcik Atun telah mencukupi.
Wang tunai sebanyak RM6500 telah diserahkan sendiri oleh Uncle Kentang kepada makcik Atun.
Kejutan tersebut membuatkan makcik Atun tidak dapat menahan sebak dan menangis kegembiraan setelah menerima bantuan tersebut.
Uncle Kentang kemudiannya menenangkan makcik Atun dan memberitahu bahawa kesemua ini adalah rezeki dari tuhan.
Makcik Atun turut memberitahu bahawa dia sudah menemui doktor pakar berkaitan kaki palsunya dan harga paling murah adalah sekitar RM6000 lebih.
Dalam pada itu, Uncle Kentang turut memberitahu bahawa wang tersebut adalah hasil sumbangan orang ramai.
Sudah lebih 3 tahun makcik Atun menanti kaki palsu agar dapat berdiri dan berjalan seperti biasa.