Tahun Baru Cina Bukan Hari Cuti Team Kentang
Sambutan Tahun Baru Cina dalam tempoh Pergerakan Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun ini membataskan aktiviti kunjung mengunjung serta tiada lagi tradisi rumah terbuka.
Namun rata-rata sambutan tersebut diraikan dengan dalam suasana serba ringkas serta mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
Sebaliknya Aktivis Masyarakat, Kuan Chee Heng (Uncle Kentang) sambutan Tahun Baru Cina pada kali ini lebih memberi tumpuan kepada membantu masyarakat yang dalam kesusahan, kelaparan dan sakit terlantar.
Sejak awal pagi perayaan lagi, Uncle Kentang telah menerima satu kes bagi membantu sebuah keluarga masyarakat India yang telah kehilangan ahli keluarga dan memohon untuk di abadikan secara tradisi Hindu.
Permohonan keluarga tersebut mendapat perhatian Uncle Kentang dan kemudiannya sumbangan dari orang ramai disalurkan kepada keluarga berkenaan.
Unit Ambulans Community Policing Malaysia juga turut beroperasi seperti biasa walaupun cuti Tahun Baru Cina.
Beberapa kes telah dibantu pada hari ini dengan memberikan perkhidmatan ambulans secara percuma kepada mereka yang memerlukan.
Begitu juga dengan bantuan makanan kepada beberapa keluarga asnaf di Kuala Lumpur yang turut diberi perhatian oleh Uncle Kentang.
Kes bantuan makanan ini telah diuruskan oleh team Uncle Kentang iaitu saudara Zulkefly Hamidun setelah menerima senarai nama pemohon dari Uncle Kentang.
Lebih mesra dengan panggilan Azul, tugasan menghantar bantuan makanan kepada keluarga yang memerlukan telah dilaksanakan pada hari Tahun Baru Cina.
Rata-rata penerima berasa gembira setelah menerima bantuan tersebut malah terkejut dengan kehadiran Azul walaupun pada hari cuti umum.
Tugasan terakhir Azul di Pudu, Kuala Lumpur melibatkan dua warga emas berbangsa Cina yang juga memohon bantuan makanan.
Pelbagai sumbangan yang diterima dari beberapa badan korporat seperti KK Mart dan Prasarana Berhad dua hari lalu membolehkan beberapa keluarga lagi menerima bantuan termasuklah dua warga emas tersebut.
Terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang yang telah melaksanakan tanggungjawab bersama bagi membantu mereka dalam kesusahan akibat PKP 2.0.