Automotif

Ativa Nama SUV Kompak Baharu PERODUA

KUALA LUMPUR: Perodua D55L yang dibuka tempahan mulai hari ini dinamakan sebagai Ativa berdasarkan brosur diperoleh BH.

Perodua Ativa yang masih belum diumumkan secara rasmi oleh Perusahan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA), dianggarkan bernilai sekitar RM62,500 hingga RM73,400.

Menurut kenyataan media terdahulu PERODUA, model serba baharu itu ditawarkan dengan tiga varian iaitu X, H dan AV.

PERODUA berkata, model terkininya itu adalah yang pertama memenuhi standard Pemanduan Autonomi Tahap 2.DISYORKAN UNTUK ANDA

Ia juga menjadi model PERODUA pertama menggunakan transmisi boleh laras berterusan (CVT), menyumbang kepada kecekapan bahan api 18.9 kilometer seliter (km/l), terbaik dalam kelasnya.

Menurut PERODUA, model berkenaan hadir lampu hadapan LED untuk semua varian, manakala varian H dan AV dilengkapi ‘adaptive driving beam’, panel meter TFT 7-inci serta sistem infotainmen skrin sesentuh 9-inci dengan ‘voice recognition’.

Sementara itu, menurut brosur yang berlegar di internet, model kenderaan utiliti sukan (SUV) pertama PERODUA yang menggunakan enjin turbo itu akan ditawarkan dengan enjin 1.0 liter turbo DOHC tiga silinder yang menawarkan 97 kuasa kuda (hp) dan tork puncak 140 Nm.

Menggunakan transmisi CVT, Perodua Ativa ditawarkan dengan pacuan roda depan dengan beratnya agak ringan iaitu 970 kilogram.

Dari segi keselamatan pula, model ini hadir dengan enam beg udara, kawalan kestabilan, sistem brek kecemasan autonomi, kawalan cruise adatif (varian AV), lane departure warning, lane keep assist (varian AV), hill hold assist, isyarat berhenti kecemasan, bantuan titik buta, kawalan lampu tinggi automatik (varian X ), pedal misapplication control kluster instrumen digital (hanya dua varian) serta ISOFIX.

Bagi fungsi bantuan parkir, ia hadir dengan sensor kamera depan (varian X), sensor kamera belakang (varian H dan AV), kamera mengundur (varain H dan AV) dan rear cross trafic alert (varian AV).

Dari segi luaran, model terbabit hadir dengan rekaan lampu depan menarik dengan adative driving beam, rim aloi lima bilah 17 inci dan rekaan lampu belakang menonjol dengan kombinasi LED tail lamp.

Varian X dan H boleh didapati dalam warna Glittering Silver, Granite Grey dan Cobalt Blue – varian H turut didatangkan dengan pilihan Pearl Diamond White dan Pearl Delima Red dengan tiga warna terakhir adalah baharu buat PERODUA.

Varian AV boleh didapati dalam warna Glittering Silver, Granite Grey, Pearl Diamond White, Pearl Delima Red dan dua warna terakhir dengan bumbung hitam.

Sumber
Berita Harian
Lagi paparan

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button