Multicare Pharmacy Bantu Golongan Asnaf Ringankan Beban

Perbincangan diantara Aktivis Masyarakat, Kuan Chee Heng (Uncle Kentang) dan Multicare Pharmacy menemui titik persetujuan apabila farmasi terkemuka itu bersetuju memberikan harga istimewa bagi meringankan beban golongan asnaf mendapatkan ubat-ubatan atau barangan perubatan di sini.
Pada perbincangan tersebut, Multicare Pharmacy juga turut menawarkan perkhidmatan mencuci luka dengan membuka kaunter khas bagi membantu keluarga asnaf yang terpaksa berulang-alik ke hospital bagi mendapatkan rawatan tersebut.
Uncle Kentang dalam perkongsian di Facebook miliknya memberitahu bahawa keluarga susah yang dikenal pasti akan dibekalkan dengan kad istimewa keluaran Uncle Kentang bagi memudahkan mereka berurusan di kaunter farmasi Multicare kelak.
Berita baik ini akan diumumkan secara rasminya setelah termetrai perjanjian diantara Uncle Kentang dan Multicafe Farmasi dalam masa terdekat.