Berita

Saya Curi RM2000 Dari Dana Mah Jie

Aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng (Uncle Kentang) dalam satu hantaran di facebook miliknya menyatakan tidak mempunyai pilihan selain mengeluarkan RM2000 untuk membayar denda seorang wanita.

Sekiranya Uncle Kentang tidak berbuat demikian, wanita berkenaan bakal ke penjara maka hilanglah tempat seorang nenek yang berusia 76 tahun itu yang hampir buta untuk bergantung hidup.

Mereka hanya menyewa sebuah bilik kecil di Klang dengan bulanan RM250 namun tertunggak dua bulan yang harus diselesaikan.

Jika wanita berkenaan ke penjara, maka tiada siapa lagi yang akan menjaga nenek berkenaan dan jalan pintas adalah dengan membunuh diri kerana kerinduan yang teramat sangat.

Uncle Kentang hanya perlu memasukkan wang dari dana Mah Jie sebanyak RM2000 agar denda dapat dibayar sekaligus menjaga nenek di kampung.

Dia tidak bersalah dan bodoh kerana kehilangan ID kepada penipu yang menggunakan nama dan akaun banknya untuk menipu orang lain.

Keputusan berat terpaksa dibuat pada masa itu dan akhirnya Uncle Kentang mengambil keputusan untuk memberikan RM2000 dengan mencuri dari dana Mah Jie.

Tak salah kita bersangka baik, husnuzon kerana setiap yang berlaku itu ada hikmahnya.

Lagi paparan

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button